Jahit Manik Mushroom
Sekian lama tak berkongsi teknik baru, kali ini cheq-sue paparkan satu lagi teknik jahitan manik yang mudah yang cheq-sue beri nama manik cendawan atau mushroom beads. Sesuai digayakan pada baju yang plain, bercorak abstrak, blause, atau baju anak gadis.
Langkah-langkah:
1. Pilih manik dan labuci yang bersesuaian . Dicadangkan guna manik panjang selang seli dengan manik pendek sbg batang mushroom. dan gunakan juga labuci yang berwarna kombinasikan 2-3 warna sekali. Kemaskan dengan menjahit manik bulat di atas labuci.
2. Mulai dengan memasukkan 1 manik panjang + 1 labuci + 1 manik bulat. Tarik benang dan tolak manik hingga rapat ke kain.
3. Balikkan jarum semula,dan susup mata jarum melalui labuci dan terus ke dalam manik panjang hingga ke bawah kain. Jangan susup melalui manik bulat yang di atas labuci. Lewati ia dan biarkan kerana manik bulat itu dijadikan sbg pemati jahitan supaya manik labuci tidak terurai semula. (ambil perhatian step ini ramai yang keliru).
4. Ulangi semula dengan menggunakan berselang seli manik panjang atau manik heksagon biasa supaya sulaman kelihatan ada variety panjang dan pendek cendawan itu.
5. Cth hasil sulaman manik cendawan.
Bengkel Sulaman Manik di Jawi
Tarikh: 28 Jun 2009
Tempat : Taman Jawi Indah, Sg. Jawi, P.Pinang
Masa: 2.00 – 6.00 petang
Peserta: 4 orang (Norhana, Kak Latipah, Azizah, Kak Ida)
Ini adalah Bengkel yang pertama kali cheq-sue adakan di Jawi sejak berpindah ke sini. Para peserta begitu khusyuk menyulam manik. Kak Ida yang berbaju biru ni begitu tekun belajar hinggakan sanggup pulang lebih lewat daripada peserta yang lain. Maklumlah rumahnya pun dekat kampung sebelah ajer dengan umah cheq-sue ni.
Jadual Bengkel Baru
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Kepada para suri atau kaum Hawa masih ada peluang untuk kalian menambah pengetahuan ilmu sulaman manik. Selain dapat melaram cantik dengan baju raya yang anggun bergaya, anda juga boleh menggunakan ilmu ini untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit manik.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini…….cheq-sue berbesar hati untuk mengadakan bengkel sulaman manik untuk area Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis). Sila hubungi cheq-sue untuk aturkan lokasi dan tarikh bengkel sepanjang bulan Julai hingga September ini.
Sila klik BENGKEL untuk lihat Jadual Bengkel bulan Jun, Julai, Ogos & September 2009
Berita Sedih – Missed Abortion
Sebenarnya sudah hampir 3 bulan kandungan cheq-sue. Adam & Aisyah begitu gembira dengar berita mereka akan mendapat “adik” pada hujung tahun ini. Tapi sayangnya belum rezeki cheq-sue untuk menimang cahaya mata ke-3. Kandungan ini merosot dan tidak berkembang. Esok pagi 22 Mei 2009 cheq-sue terpaksa menjalani D&C. Demi keselamatan diri, uri yang terbentuk perlu dicuci, kemudian cheq-sue perlu menjalani tempoh berpantang sama seperti ibu-ibu yang bersalin. Jadi nampaknya cheq-sue akan bercuti panjang mulai esok sehingga bulan Jun dan akan kembali mengadakan bengkel mulai bulan Julai.
Tenang di Jawi
Terlalu asyik dengan ketenangan hidup di Jawi, Pulau Pinang hampir tidak sedar sudah lebih sebulan cheq-sue membiarkan blog ini sepi tanpa cerita-cerita baru. Sebenarnya terlalu banyak cerita dan pengalaman-pengalaman baru yg boleh dikongsi tapi oleh kerana waktu itu kamera masih dibaiki tiadalah gambar-gambar menarik yg dapat dirakam. Tak seronok bercerita kalau tanpa gambar sebagai bukti. Gambar-gambar kat bawah inipun sempat dirakam melalui hp sahaja.
Gambar di atas adalah view daripada dalam bilik hotel di Jawi Golf Resort. Lokasinya hanya 2-3 minit daripada rumah sewa cheq-sue. Kami bermalam di sini pada minggu pertama berpindah kerana rumah belum kemas. Memang cukup selesa di Jawi Golf Resort ini kerana bilik penginapannya begitu mewah kelas 5 bintang tapi pada harga yg cukup berpatutan. Adam & Aisyah pula….every week akan ajak ke sini untuk swimming. Swimming pool kat Jawi Golf ni terbuka kepada public setiap hari dgn kadar RM5 per entry/person sahaja.
Pemandangan di sini begitu hijau kerana di kelilingi pepohonan Sawit serta ladang tanaman dragon fruits. Juga terdapat pusat rekreasi & perkelahan di kenali sebagai Bukit Panchor. Tinggal di Jawi seolah-olah kita tinggal di 3 buah negeri serentak iaitu Pulau Pinang, Kedah & Perak kerana lokasinya yg bersempadan dengan ketiga-tiga negeri tersebut. Banyak lokasi menjamu selera yang telah kami cuba dan ianya memang menepati citarasa orang Utara seperti cheq-sue.
Berkenaan dengan kerja pula….memang enjoy habis. Untuk ke tempat kerja hanya memakan masa 5 minit tanpa perlu bersesak di jalan raya seperti dulu. Tiada lagi tergesa-gesa bertolak ke pejabat dan sampai ke rumah selepas maghrib seperti dulu. Semuanya begitu tenang di sini.
Bengkel Sulaman Manik – 9 Mei 2009
Tarikh: 9 Mei 2009
Masa: 2.00 petang – 6.00 petang (4 jam)
Tempat : Tkt 1, Kompleks Campbell, KL
Bil. Peserta : 9 orang
Seperti yang telah dirancang, sesi bengkel pada bulan Mei di Kuala Lumpur dapat juga cheq-sue adakan walaupun keputusan dibuat dalam keadaan last minute. Biasalah pada saat-saat akhir barulah ramai peserta yg confirm join. Cheq-sue juga menghadapi masalah lokasi tempat utk adakan bengkel nih. Maklumlah bila dah pindah keluar daripada HQ …..privilage pun dah tiada….kenalah cari port baru. Nasib baik salah sorang peserta bengkel sudi benar gunakan lot kedai beliau di Kompleks Campbell. Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn. Halijah Chin pemilik lot Kedai tersebut (sorry tak ingat no kedai akak).
Cheq-sue tak dapat nak paparkan gambar-gambar sekitar bengkel kerana ada problem pula dgn bluetooth device. Harap kepada peserta yg ada snap gambar hari tu boleh emelkan kpd cheq-sue gambar-gambar tersebut.
Seperti biasa kesemua teknik-teknik yg dikongsikan bersama para peserta dapat difahami dengan mudah oleh mereka. Semoga semuanya berpuas hati dan dapat mempraktikkan ilmu yg diperolehi.
Bengkel Sulaman Manik – 4 April 2009
Tarikh: 4 April 2009
Masa: 9.30 pagi – 1.30 petang (4 jam)
Tempat : Tkt 18, Medan MARA, Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
Bil. Peserta : 5 orang
Bengkel hari Sabtu lepas agak rileks dan sempoi sebab peserta tak ramai. So…kami duduk kat ruang tamu office mcm lepak & borak-borak ajer. Para pesertapun sambil belajar jahit manik sambil berbual ttg pelbagai perkara daripada isu semasa hinggalah ke cup cake (macam dah lama kenal).
Dalam berborak siap juga semua teknik yg cheq-sue ajarkan. Semuanya mudah faham teknik yg cheq-sue tunjukkan. Memang cheq-sue dah jangka……walaupun orang yg zero tentang menjahit….dan belum kenal jarumpun, tapi kalau sertai bengkel cheq-sue ni InsyaAllah tentu akan pandai lepas tu. Sebab cheq-sue gunakan pendekatan 1 to 1 & Sharing is Caring.
Sedihnya kamera cheq-sue rosak dan dah dihantar kepada pembekal utk Warranty Claim. Dlm sebulan ni…..byk agenda menarik yg miss nanti. Cuma bergantung dgn camera hand phone ajer. So….2 gambar itu ajerlah yg muat disnap (sebab hp tak der memory card).
Akhir sekali cheq-sue nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Nani, An, Rina, Norizan & Sheli yg sudi joint bengkel cheq-sue. Harap semua yg diajar dapat dipraktikkan dan jgn lupa selalulah jenguk blog cheq-sue…..kerana posting selepas ini mungkin lebih banyak perkara menarik…..yg akan cheq-sue kongsikan dengan para pembaca dan cheq-sue sendiripun sebenarnya tak sabar nak explore sesuatu yg menarik di tempat baru. Mungkin artikel selepas ini sedikit berbeza dan bukan hanya tertumpu kepada sulaman sahaja.
Pertukaran ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA @ Akademi MARA di Jawi, Pulau Pinang
Mungkin ada pembaca blog yang belum tahu cheq-sue akan berpindah ke Jawi, Pulau Pinang. Kepada peminat blog ini di kawasan Utara (eh…ada ker peminat cheq-sue ni?) mungkin lepas ni kita boleh aturkan bengkel ataupun pertemuan suka-suka di belah Utara pulak. Bagi pembaca setia di sekitar KL ….jgn risau cheq-sue akan selalu datang ke KL. Manakan tidak….SOGO cuma ada di KL sahaja..:) kalau sebelum ni every week shopping kat SOGO…..lepas ni 1 atau 2 bulan sekali ajerlah….
(Petikan dari facebook cheq-sue):
Berikut adalah 20 alasan kenapa cheq-sue mohon bertukar ke Jawi
Ramai sgt kawan-kawan pejabat yg query kenapa aku minta tukar ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Jawi sedangkan ramai juga staff lama ILHAM yg tak nak pergi…..ok di sini aku nak senaraikan jawapan & alasan aku. Harap semua faham k.
1. Aku ingin mencuba dan mencari pengalaman baru di tempat baru.
2. Ingin memperbaiki prestasi kerja dan membuktikan kehebatan aku dengan kemampuan yang aku ada.
3. Dah lama teringin nak rasa kerja di luar dari HQ
4. Suami sokong dan beri keizinan 100 %. Kerjaya suami tidak terikat dgn sesiapa & mobiliti bebas.
5. Ingin merasai cabaran di tempat baru sbg pioneer.
6. Mak & ayah aku suka sgt sebab aku dapat tinggal berdekatan dgn mereka (hometown, Junjong Kulim…15 minit aje dr Jawi)
7. Tugas di Jawi sebagai penyelaras kursus masih related dgn kepakaran aku dlm HR.
8. Aku dah ada pengalaman dlm pengambilan & penempatan, pengesahan jawatan, Rekod & pencen. So skrg aku nak dalami kemahiran dalam Latihan pula.
9. Dah 5 tahun aku di BSM, HQ….aku pindah dpt full claim.
10. Aku tak suka kerjaya yg statik….kita ada peluang utk berpindah ke pusat-pusat MARA yg lain, maka gunakan peluang yg ada.
11. Jauh perjalanan, byk pengalaman, luas pandangan.
12. Think positive….jgn takut utk mencuba & keluar daripada zon selesa jika ingin lebih berjaya.
13. Rezeki di tangan Allah….kalau dpt naik pangkat Alhamdulillah.
14. kalaupun tak dpt ganjaran di dunia….kerja yg ikhlas akan diberkati oleh-NYA.
15. rumah aku dah beli di Ampang, InsyaAllah 2-3 tahun lagi aku akan kembali semula ke HQ.
16. Sebulan sekali akan turun KL utk bisness aku & juga shopping
17. Husband akan on & off di KL & Penang. Aku dpt berdikari & bawa kereta sendiri….selama ni asyik bergantung dgn suami sebab jarak ke tempat kerja agak jauh.
18. Pindah Jawi nanti rumah sewa aku sebelah pagar ajer…..tak sampai 5 minit. Save minyak & masa.
19. Taska anak pun dekat ngan rumah.
20. Rumah teres….sewa pun murah.
Byk lagi alasan yg lain….tapi cukuplah ni…..
Bertugas sambil bercuti di Sungai Petani, Kedah
Pada 16 Mac – 19 Mac 2009 cheq-sue bertugas untuk melaksanakan urusan temuduga di IKM Sungai Petani. Di kesempatan ini cheq-sue mengambil peluang membawa family termasuk mak, ayah & adik bercuti sambil lepak-lepak di Homestay di Sungai Petani. Nama Homestay ini TDA Maju Homestay yg terletak di Taman Padimas Jaya, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.
Cheq-sue amat teruja apabila melihat sebuah rumah banglo single yg cukup sempurna ini. Memang puas hati menyewa di homestay ini berbanding tinggal di hotel. Di sini semua kemudahan lengkap. ketiga-tiga bilik bertaraf hotel siap dgn aircond dan juga set karaoke. Oleh kerana cheq-sue sekeluarga amat berpuas hati….maka cheq-sue nak bagi promosi percuma kepada pemilik homestay ini. Cheq-sue mengalu-alukan kepada sesiapa yang berhajat utk ke sungai petani atau ke Utara…..sewalah homestay ini, memang berbaloi! cheq-sue dapat maklumat homestay ini melalui mudah.com.my. sahaja.
Oleh kerana cheq-suepun masih belum punyai rumah sendiri, maka rumah homestay ini pun dah cukup utk menjadi rumah impian cheq-sue. InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak buat rumah yg simple & lengkap mcm homestay ini.
Jomlah cuci mata tengok suasana luar dan dalam kediaman ini. Boleh juga jadi sumber ilham & idea bagi dekorasi rumah kalian
Ruang tamu yang kemas disertakan dengan kemudahan hiburan utk keluarga iaitu set karaoke.
Ruang family bersebelahan dapur. Dapur dilengkapi Peti sejuk, meja makan dan Kitchen kabinet yang lengkap dgn hood & hub.
Laman rumah yang luas dan di belakang dapur pemilik homestay menanam pelbagai jenis pokok sayuran dan tumbuhan herba.
Mak cheq-sue sedang berefleksologi .
Aisyah berlari bebas. Adam leka bermain batu refleksologi dengan Aisyah.
Bengkel Terakhir sebelum berpindah ke Jawi, Pulau Pinang
Assalamualaikum semua………..
Sebelum cheq-sue nak bercerita panjang lebar berita terbaru tentang pertukaran cheq-sue ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Jawi, Pulau Pinang, cheq-sue nak khabarkan dahulu berkenaan tarikh bengkel terakhir yang akan cheq-sue adakan di Medan MARA Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Jawi……..
Tarikh : 4 April 2009
Masa: 9.30 pagi – 1.30 tgh
Tempat : Medan MARA , Kuala Lumpur
Yuran : RM70.00 (Sulaman Manik – 10 teknik)
Kepada sesiapa yang berminat, harap dapat hubungi cheq-sue segera melalui tel (012-2522276) / e-mel selewat-lewatnya sebelum Khamis ini (2 Apr 2009). Kalau ikutkan…cheq-sue memang agak sibuk nak packing barang dsbnya. Tapi memandangkan dah ada beberapa peserta yg dah bayarpun deposit….maka kelas perlu diteruskan juga. Maksimum cheq-sue akan terima 10orang peserta sahaja.
InsyaAllah….apabila dah pindah ke Jawi nanti, cheq-sue akan cuba juga cari masa dan tarikh yg sesuai sekali dlm sebulan untuk adakan bengkel di KL. Sebab suamipun masih on & off di KL & Penang.


