Selamat Hari Raya Aidilfitri

gambar raya family

Salam semua,

Cheq-sue sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hati semasa memandu dan jika ada yg balik kampung dekat Kulim tu…..jemputlah beraya kat rumah cheq-sue. Boleh calling-calling dulu. Cheq-sue akan pulang ke kampung hari Ahad ini.

Semoga perjalanan kita semua selamat dan dilindungi Allah.

Jahit Manik Teratai

IMG_0801

Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas, cheq-sue akan cuba curi masa utk ajarkan teknik yang lebih advance cthnya seperti jahit manik bunga teratai nih. Para peserta sangat suka bilamana bunga teratai mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus asa utk terus mencuba. Di kesempatan ini sambil jahit manik pada baju raya sendiri, cheq-sue sempat ambik gambar langkah demi langkah utk jahit manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk bergantung kepada saiz bulatan yg kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling bulatan tersebut.

Langkah-langkah:

1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen!

IMG_0741IMG_0791 

2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di bawah. Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak pa.

IMG_0746 IMG_0748

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

IMG_0768 IMG_0769

4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

IMG_0771 IMG_0773

5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

IMG_0800 IMG_0753

Ok…Harap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!

Manik Teratai Baju Raya

IMG_0816

Hari minggu ni cheq-sue sempat siapkan jahitan manik pada baju raya cheq-sue yg berwarna pink-purple nih. Pada mulanya memang ketandusan idea nak jahit design apa. Cheq-sue nak buat yg simple aje…supaya lepas ni boleh pakai utk ke pejabat. Tak de lah nampak over sangat. Memandangkan cheq-sue memang dah ada 2 warna labuci ni iaitu purple & pink, maka cheq pun gunakan aje apa yg ada. Di lengan baju pula, cheq hanya jahitkan manik pintal dengan gabungan warna pink & purple juga. Di sekeliling leher pula cheq jahitkan manik lutsinar warna purple.

IMG_0813

Aksi Adam & Aisyah vs Manik

Beginilah Gelagat Adam & Aisyah bilamana cheq-sue nak menjahit manik. Mereka ni lagi cekap buat manik tabur daripada cheq-sue……mana taknya….habislah berterabur manik-manik tu semua kalau dibiarkan. dugaaannnnn!!!

Koleksi Kreatif Pembaca - Ibu Irma

Hasil Kerjatangan Ibu Irma, dari Indonesia

 ibu irma2 ibu irma5 ibu irma4 ibu irma3 ibu irma6

Hasil sulaman Riben + Manik yang sungguh cantik daripada Ibu Irma. Beliau juga mengambil upah sulaman riben ini. Sekiranya berminat bolehlah order terus dari beliau ya. Cheq-sue paling berkenan dgn beg mengkuang yang dijahit sulam riben ni. Ada masa nanti nak cuba buatlah. Terima kasih buat IbuIrma kerana sudi berkongsi hasil kreativiti beliau dgn kita semua.

Manik Tabur Baju Raya

 IMG_0695

Salam dan selamat bersahur semua.

Cheq-sue kini tengah tak sabar untuk menyiapkan jahitan manik pada baju raya cheq-sue. Ini adalah salah satu baju yang cheq-sue sedang kerjakan dengan manik tabur. Dah jemu dengan manik tabur sebiji-sebiji, maka kali ini cheq tabur pulak dengan 2 biji manik setiap satu dan disulami pula dengan mutiara purple yang berkemilau tu.

IMG_0699

Sekarang ni progress baru mula kat sebelah leher. Tunggu hujung minggu ni baru boleh sambung jahit dan siapkan. Ada lagi 2-3 pasang yang cheq-sue belum pasti nak jahit manik design apa. Tentu korang juga tengah sibuk menjahit manik kan? …..wassalam.

Bengkel Sulaman Manik Asas (4)

 IMG_0672

Bengkel pada hari ini adalah yang terakhir sempat cheq-sue adakan sebelum cuti raya tahun ini. Lepas raya nanti InsyaAllah jika masih ada permintaan, cheq-sue akan cuba pertimbangkan. Memandangkan Dewan yang cheq-sue guna selama ini pun telah penuh dengan aktiviti Usahawan MARA dan caj yang dikenakan kepada cheq juga  tidak masuk akal…..(RM200 utk hujung minggu Sabtu/Ahad). "Sebelum ini mereka kata free sebab guna 3 jam sahaja". Maka bagi menunaikan janji peserta yang telah mendaftar, pada kali ini cheq-sue terpaksa membawa peserta ke Bilik Mesyuarat pejabat cheq-sue di tkt 18, BSM.

Peserta kali ini nampaknya cepat belajar dan oleh kerana itu, cheq-sue mempunyai lebih masa untuk berkongsi teknik-teknik extra bersama peserta. Tidak ketinggalan bengkel kali ini turut disertai pelajar cilik Nurul Amila Rusydina, 7 tahun. Tapi lain yang diajar, lain pulak yang dibuatnya. Walaubagaimanapun hasilnya sungguh kreatif. Ada bakat adik ni.

Antara aksi yang sempat dirakam:

IMG_0673 IMG_0675 

Eh….botol minuman siapa tu ye? Cuba teka…..

Tingginya tarik benang tu Hidayah!!!

IMG_0676 IMG_0679

Para peserta sedang tekun menyulam manik.

IMG_0674 IMG_0678

Wah tekunnya peserta paling muda ni. Kat sebelah ni gambar hasil kreativiti Nurul Amila Rusydina,

IMG_0680 

IMG_0686

Para peserta bergambar di akhir sesi bersama cheq-sue di Kaunter depan, BSM. Terima kasih cheq-sue ucapkan kepada Hidayah, Nor Hasmah, Noorni, Kak Nomi dan juga adik Nurul. Harapan cheq-sue semoga apa yang dipelajari tadi dapat dipraktikkan dan semoga semuanya berpuas hati. Hingga berjumpa lagi.

Bengkel Sulaman Manik Asas Terakhir Sebelum Raya

Salam kawan-kawan semua, Kepada yang berminat tetapi belum berkesempatan menyertai bengkel yang cheq-sue adakan ini, Kelas pada Sabtu ni (13 September 2008) penyertaan masih dibuka. Sekiranya berminat sila emel kpd sue@cheq-sue.com hari ini juga untuk pengesahan. Minggu depan Cheq-sue akan mula jahit manik utk baju raya cheq-sue sendiri. Tentu kalian semua juga tengah sibuk dengan persiapan untuk Hari Lebaran nanti.

Wassalam

Khasiat Fabuline Capsule & Goji Soya

Kenalkah anda pada wajah yang lesu dan tidak bermaya ini? Pernahkah anda mengalami nasib yang sama? Wajah yang menggerutu dan dipenuhi parut jerawat dan chicken pox? Inilah wajah sedih cheq-sue ketika menghidapi chicken pox pada bulan Februari 2008 yang lalu. Dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan dan keyakinan diri untuk cheq-sue berhadapan dengan orang ramai dan anda semua? Chicken pox yang dilalui selama 2 minggu telah menyebabkan seluruh fungsi tubuh menjadi lemah. Seluruh badan dari kepala hingga ke kaki ditumbuhi campak yang berair. Selain itu wajah cheq-sue juga dipenuhi ruam-ruam besar berair dan bernanah. Jerawat batu pun turut mengambil kesempatan hidup subur di wajah bulat cheq-sue.

IMG_0051 IMG_0053

Mahu atau pun tidak cheq-sue perlu keluar rumah dan berhadapan dengan orang awam serta rakan sejawat untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya. Selama beberapa bulan cheq-sue terpaksa abaikan perasaan malu dan tebalkan muka. Memang waktu itu keyakinan diri berada di tahap yang paling rendah.


Baca keseluruhan artikel ini »

Jam Tangan Mutiara

 IMG_0639 IMG_0637 IMG_0634

Jam Tangan Mutiara Asli ini sungguh praktikal bagi wanita yang pandai bergaya. Cheq-sue sendiri tidak ketinggalan memilikinya sebagai aksesori di samping untuk merujuk waktu. Ia  berkonsepkan 2 + 1 iaitu rantai tangan mutiara merangkap jam tangan yang cantik lagi bergaya.

Sekiranya ada yang berminat untuk membeli sila klik di BUTIK cheq-sue.